Tuesday, May 12, 2009
Tuesday, April 07, 2009
Thursday, January 22, 2009
Tuesday, January 20, 2009
tanpa tajuk
Kala tengah malam, semua mata lena
otak aku bukan main terang
tak mahu lelap, tak mahu mimpi
ingin kutelan dinding dan siling
biar sempit hilang
biar singkir serabut
tapi bukan salah dinding dan siling
selama ini mereka adalah pendengar setia
mereka lebih tahu
namun Tuhan lebih amat tahu
sama ada semua itu lakonan atau sandiwara
atau apa-apa yang aku tak tahu,
malam sudah tua ganyut
aku tetap kelihatan celaka-duka,
malam esok
adakah akan begini lagi?
Harapnya tidak.










